DI MANAKAH HALATUJU ANDA SELEPAS SPM???
STPM
Lepasan SPM masuk Tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STPM. Namun Tingkatan 6 kurang popular terutamanya di Kuala Lumpur. Ini kerana pelajar akan merasakan yang mereka masih lagi 'pelajar sekolah'. Mereka masih memakai seragam sekolah, perlu ke sekolah setiap hari, dan masih berada di 'sekolah' dan bukan institusi pengajian tinggi. Tambahan pula, peperiksaan STPM dianggap sebagai peperiksaan yang paling sukar di seluruh Asia. Biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki mana-mana IPTA. Jika mendapat keputusan yang baik dalam STPM, pelajar akan terus ke ijazah pertama di IPTA. Namun STPM lebih bernilai dari matrikulasi. Ini kerana tidak seperti pemegang matrikulasi, pemegang STPM boleh memohon pekerjaan.
Politeknik
Politeknik menawarkan program teknikal dan latihan untuk peringkat sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan SPM cuma gaji permulaan lebih sikit. Diploma sama dengan STPM, tapi gaji permulaan lebih sikit.
Kolej swasta (IPTS)
Ada beratus kolej swasta di Malaysia sekarang. Hampir setiap hari ada iklan kolej swasta di akhbar-akhbar. Kolej menawarkan program sijil dan diploma. Ada kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA lain di Malaysia. Misalnya Kolej Teknologi Timur dan UNikop menawarkan program diploma UiTM. Banyak kolej yang menawarkan program berkembar dengan universiti luar negara. Misalnya, Kolej Islam Antarabangsa menawarkan program berkembar dengan Teesside Universiti, UK. Dari beberapa segi, diploma lebih praktikal dari matrikulasi atau tingkatan enam. Walaupun masa belajar adalah lebih panjang (hampir 3 tahun, berbanding hanya dua tahun di matrikulasi atau Tingkatan 6) namun pemegang diploma mempunyai lebih peluang pekerjaan. Dari segi yang lain, pemegang diploma menimba lebih banyak ilmu dari pelajar matrikulasi atau Tingkatan 6. Tambahan pula, berbeza dengan pengajian di matrikulasi atau Tingkatan 6, bidang yang diambil di peringkat diploma adalah lebih menepati keperluan industri dalam dunia perkerjaan.
Kolej Matrikulasi
Matrikulasi menawarkan aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, pelajar boleh mohon kemasukan ke IPTA melalui UPU. Program matrikulasi adalah selama setahun atau dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar. Matrikulasi adalah under kerajaan. Namun memang susah nak masuk ke matrikulasi melainkan keputusan SPM sangatlah baik. Kelebihan matrikulasi ialah pengajian boleh ditamatkan dalam masa yang singkat. Sekiranya pelajar gagal mendapat pointer yang baik, pelajar akan ditendang keluar dari matrikulasi. Apabila telah ditendang keluar dari matrikulasi, pelajar akan hanya mempunyai SPM untuk meneruskan kerjayanya. Kalau pun lulus matrikulasi namun gagal masuk ke IPTA, matrikulasi tersebut tidak laku untuk memohon pekerjaan.
Universiti
Universiti ialah destinasi puncak bagi semua pelajar. Namun tidak semua pelajar layak masuk ke universiti. Pelajar yang berjaya masuk ke universiti selepas SPM ialah pelajar yang cemerlang. Lepasan SPM memohon kemasukan ke universiti melalui UPU.
No comments:
Post a Comment