Monday 18 July 2016

JENIS -JENIS KIKIR



Dalam kerja mengimpal, kikir merupakan salah satu akat yang penting digunakan dalam proses penyediaan bahan. Bagi mendapatkan hasil kerja yang baik, bahan kerja yang hendak dikimpal haruslah disedakan dalam keadaan baik, tepat dan kemas. Kekemasan bahan kerja seperti logam memerlukan penggunaan kikir sebagai langkah terakhir bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan kemas.

Kali ini kita akan melihat beberapa jenis kikir yang digunakan dalam bengkel kimpalan. Terdapat beberapa jenis kikir dan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri bergantung kepada rekabentuk bahan kerja yang hendak disediakan.

KIKIR PIPIH TIRUS




Digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada suatu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung bentuk tirus.


 KIKIR PIPIH KASAR




Digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tpi selamat ( digunakan untuk mengikir penjuru dalam ). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.


KIKIR BELAH ROTAN




Digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbetuk silang. Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat haus.

KIKIR BULAT




Kadangkala diebut kikir ekor tikus. Digunakan untuk membesarkan lubang yang bebentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir terdiri daripada kasar hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang.

KIKIR SEGI EMPAT SAMA




Digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segi empat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segi empatsama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus.

KIKIR SEGITIGA




Digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untu membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.


KIKIR PIPIH NIPIS




Digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti memotong celah pada kunci. Kikir ini berbentuk tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100 mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus.

KIKIR BENTUK PISAU




Digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknay sama seperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula daripada kasar hingga sangat halus.

No comments:

Post a Comment